"Mengapa jadi seteguh karang, andai teguhnya kan berakhir dengan terdampar di pinggiran pantai. Jadilah seteguh masa, gigih berlari tidak henti, menongkah arus takdir, biar manis biar pahit, tak henti-henti berlari, berlari terus lari..." From alpha to omega
Wednesday, January 25, 2006
Kosong
Kosong...
Relatifnya kosong
Tiada atau ada
Elok atau durjana
Teka teki dari jiwa ke jiwa
Teka teki dari hati ke hati
Jiwaku?
Tiada ku berilmu perihal itu
Berteleku - fikirku hatiku kosong
Kerana kosong omong dijamung
Mengisi hati fikrah ukhrawi
Mengerigi mentaliti cinta duniawi
Benarkah fikirku hatiku kosong?
Mungkin kini, tapi bagaimana nanti?
Tabahkah? Sabarkah? Akankah?
Istilah istiqamah mampukah dihayati?
Dalam mencari tagih rindu Ilahi
Dalam memupuk teguh rindu di hati
Oh Tuhan!
Aku merayu ke hadratMu
Biarlah fikirku hatiku kosong
Andai kosong itu tagih diisi
Agar biar di sana nanti
Wajahku terang alam diterangi
Memancar cahaya cinta hakiki
Idia Idawsa
11:10pm
25 Zulhijjah 1426 bersamaan 25 Januari 2006

tenang aku waktu duduk-duduk sendiri di sini =)
ReplyDeletealhamdulillah... tenang itu senang...
ReplyDelete