______________
Semua orang tahu Siti Nurhaliza akan melangsungkan perkahwinannya tidak sampai sebulan dari sekarang. Dan debaran para peminatnya untuk menyaksikan satu lagi wedding of the year semakin hangat terasa. Berjuta-juta ringgit dilaburkan oleh kedua-dua mempelai untuk menjayakan upacara seumur hidup sekali ini.
Semua orang juga tahu keadaan di Palestin dan Lubnan pada masa sekarang. Jumlah korban jiwa setakat
Justeru saya ingin merayu kepada saudari Siti Nurhaliza secara terbuka, alihlah sedikit peruntukan kahwin saudari untuk saudara-saudara seIslam kita di Lubnan. Pada saya adalah tanggungjawab saudari kepada agama dan kemanusiaan untuk mengurangkan perbelanjaan perkahwinan saudari. Mungkin para peminat Siti akan kurang berpuas hati dengan pandangan saya yang mungkin tidak adil terhadap saudari, namun perhatikan dahulu rasionalnya.
Pertama, adalah kurang bertanggungjawab untuk mengadakan perkahwinan secara besar-besaran yang mendapat liputan meluas media tatkala saudara-saudara seagama kita terseksa di
Kedua, adalah kurang bertanggungjawab di pihak saudari untuk menghabiskan berjuta-juta ringgit untuk majlis-majlis perkahwinan saudari sedangkan wang itu lebih wajar disalurkan kepada mereka yang lebih memerlukan. Dalam konteks semasa, warga Palestin dan Lubnan. Pada hemat saya adalah tidak adil dan tidak rasional untuk kita di Malaysia merayakan satu majlis individu secara ‘bersungguh-sungguh’, sedangkan mereka di Lubnan sedang berlari bersungguh-sungguh untuk menyelamatkan diri dari dibom.
Ketiga, sumbangan dari saudari menggunakan wang yang diperuntukkan untuk perkahwinan saudari akan secara langsung meningkatkan kesedaran para peminat saudari tentang situasi sebenar di Palestin dan Lubnan. Malah, saya berpendapat sumbangan saudari akan memberi impak yang besar kepada para peminat saudari sehingga mereka mungkin sanggup melaburkan wang untuk membeli saham akhirat ini. Ini ditambah pula dengan imej saudari yang memang sedia positif di kaca mata majoriti rakyat
Saya sedar barangkali sudah terlambat untuk mengatur kembali majlis-majlis saudari. Justeru sebagai peminat saya faham andai saudari tidak dapat memenuhi harapan saya. Namun saya berharap saudari dan seluruh rakyat
_________________
Semua di atas adalah dari hati aku yg sebenar kecuali part yg aku ngaku aku peminat setia Siti... saja nk sedapkan ati org jer...
4 comments:
Memang laaa dia reject ko tulis cam ni.
ntohnye mengong btot.. klu aku ketua pengarang utusan konpem aku rejek gk.. x pasal2 kn buang keje klu trime..
hahaha... selama nih aku kutuk wakil rakyat aku rilek jer... tapi pun dpt hidu gak kerejekan yg bakal diterima sblm aku anta... saja cuba nasib... lagipun aku dh tak reti nk lembut lagi dah... siap jatuhkan maruah ngaku peminat lagi (not that aku benci dia personally ke hape2 camtu).. hehe
Aidi, aku rasa kena tambah, bukan setakat untuk siti, tp uantuk penaja2 perkahwinan dia jgk.
Post a Comment