Ada peristiwa lucu yang membuat aku tersenyum simpul pada kepulanganku terakhirku ke desa tercinta sebelum berangkat ke UK.
Kampungku kampung tipikal Melayu; kebun, lembu, kambing, ayam. Namun tidak pula mundur tak berjalan raya atau kelam tanpa api atau tersorok tanpa telefon. 99.9% Melayu.
Lazimnya tidak kusentuh akhbar itu, baik sahaja aku baca The Star. Namun atukku tersayang tak baca 'orang puteh'. Tapi ayahku mahu aku beli The Star juga, "Utusan bukan ada isi, tak abis-abis cerita sama je". Baik, kubilang barangkali aku patut membeli 2 akhbar hari itu.
Setibanya di gerai akhbar, aku tercari-cari. Mana The Star idaman ayahandaku, mana Straits Times sebagai alternatif.. Utusan banyak, tinggi membukit, tapi kenapa bahan bacaan ilmiah tidak dijual langsung hari itu..
Aku bertanya kepada Makcik penjaga gerai, "Makcik tak jual surat kabo omputeh ke hari ni?"
"Eh, awok datang lambat ngatt (sangat)... sughat kabo omputeh abeh blake doh (surat khabar orang puteh habis belaka dah).."
"Aih abeh makcik?"
"A'ah, awal2 pagi doh ilang doh. Hok tu SEPARUH doh tokleh bace, cerita dia pilih-pilih same-same die, selok seniri2... orang takmo beli la" Senyum makcik menampak gigi emasnya.
Nampaknya, ayah aku boleh baca separuh akhbar sahaja hari ni. Aku tersenyum simpul.
...
12 years ago
No comments:
Post a Comment