Tuesday, December 23, 2008

Syahid di Medan Yarmuk

Hari ke4 Perang Yarmuk, "Hari Hilangnya Mata"
11 Rejab 0015H

Ilustrasi medan Yarmuk

Situasi kian genting di medan Yarmuk.


Komander tentera Islam, Khalid al-Walid r.a terpaksa menggerakkan batalion berkudanya yang digeruni (Mobile Guard, متحرك طليعة ) untuk membantu sayap kanan tentera Islam yang sedang teruk diasak batalion Slavik tentera Byzantine dengan bantuan batalion Armenia dan Nasrani Arab.

Bagi mengelakkan serangan besar-besaran tentera Byzantine tatkala Mobile Guard Khalid Al-Walid r.a sibuk membantu sayap kanan, komander Islam itu mengarahkan sayap kiri melancarkan serangan pre-emptive. Namun seperti yang dijangka, sayap kiri turut mengalami gasakan yang amat menekan. Hujan panah dari pasukan pemanah berkuda Byzantine bertindak ibarat tembok yang kukuh yang menghalang kemaraan sayap kiri. Ramai para sahabat dan tentera Islam yang lain terkorban, dan ramai juga buta akibat hujan panah itu. Antaranya Abu Sufyan ibn Harb, bekas pembesar Quraish yang telah kehilangan satu matanya dalam pertempuran di Taif tatkala zaman Nabi S.A.W.

Hujanan panah itu memaksa sayap kiri tentera Islam di bawah pimpinan Abu Ubaidah al-Jarrah dan Yazid ibn Abu Sufyan berundur. Ikramah bin Abu Jahal, menyedari keadaan genting sayap kiri tentera Islam, mengumpulkan 400 orang tentera di bawah pimpinannya dan mengangkat sumpah ikrar untuk berjuang tanpa berundur sehingga gugur sebagai syuhada'. Bagi membolehkan tentera Islam mengatur semula kedudukan mereka, 400 pahlawan berani ini berjuang ibarat singa lapar menongkah arus panah, memerangi barisan depan tentera Byzantine dan mempertahankan kedudukan mereka meskipun jumlah mereka sedikit dibandingkan dengan puluhan ribu tentera Byzantine.

---------------

Sebelum Ikramah pergi, Khalid al-Walid yang baru sahaja selesai menstabilkan sayap kanan tentera Islam berkata, "Jangan (pergi), Ikramah. Kematianmu akan melemahkan tentera Islam."

"Biarlah kami pergi wahai Khalid," jawab Ikramah tatkala semangatnya sedang marak membakar. "Kamu telah sempat bersama Rasulullah S.A.W sebelum ini. Aku dan bapaku, kami seteru utama baginda. Biarlah aku pergi mensucikan dosa-dosa lamaku. Aku pernah memerangi Rasulullah S.A.W banyak kali sebelum ini, dan kini aku patut lari dari tentera Byzantine? Masakan mungkin!"

Kemudian dia menjerit, "Siapa yang mahu berperang sehingga syahid?"

400 orang pahlawan menyambut seruannya.

---------------

Hanya ada 2 penamat bagi 400 orang itu pada hari ke-4 perang Yarmuk, syahid atau cedera parah.

Setelah tamatnya pertempuran hari ke-4, tubuh 3 bersaudara yang cedera parah terdampar di medan Yarmuk. Ikramah bin Abu Jahal, Al-Harith ibn Hisyam dan 'Ayyash ibn Abi Rabiah (kedua-duanya bapa saudara Ikramah).

Al-Harith dihulurkan air. Al-Harith terpandang 'Ayyash yang layu tetapi bernyawa, lalu disuruh pembawa air menghulurkan air terlebih dahulu kepada 'Ayyash.

'Ayyash dihulurkan air. 'Ayyash terpandang Ikramah yang layu tetapi bernyawa, lalu disuruh pembawa air menghulurkan air terlebih dahulu kepada Ikramah.

Ikramah pula dihulurkan air. Ikramah terpandang Al-Harith yang layu tetapi bernyawa, lalu disuruh pembawa air menghulurkan air terlebih dahulu kepada Al-Harith.

Al-Harith dihulurkan air, namun dia sudah gugur syahid di medan Yarmuk. Pembawa air bergegas ke arah Ikramah; Ikramah juga sudah gugur syahid di medan Yarmuk. Pembawa air bergegas pula ke arah 'Ayyash; 'Ayyash juga telah gugur syahid di medan Yarmuk.

---------------

Kata pepatah orang Caucus, "When the going gets tough, only the tough gets going." Waktu-waktu sukar sememangnya menduga iman dan tawakkal seseorang kepada Allah S.A.W. Tak kira medan perang, peperiksaan, mencari kerja, jodoh (cili=pedas :p), dan sebagainya. Memang agak tidak adil untuk membandingkan medan perang dan (sebagai contoh) peperiksaan, namun saat-saat inilah yang menguji kesabaran seseorang dalam berdoa dan keyakinan yang doa itu akan dimakbulkan oleh-Nya.

Lihat sahaja Hind, Abu Sufyan dan Ikramah, semuanya penentang keras Rasulullah S.A.W pasca pembukaan kota Mekah. Usianya baru sahaja mencecah 5 tahun, namun bukan 5 tahun manusia; tetapi 5 tahun kuda.

Al-Baqarah ayat 286 yang selalu dibaca, "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya..."

Wallahua'lam

No comments: