Saturday, February 07, 2009

Tapisan

Ain-Jalut di awal kurun ke-20


Masa untuk mengibarkan panji-panji Allah telah tiba - Talut mengumpulkan bala tenteranya. Angka yang tepat tidak mungkin dapat diketahui hari ini, namun para pengkaji berpendapat angkanya mencecah 80,000.

Sebelum bergerak, bingkas Talut memberikan kata-kata semangat dan pesanan kepada kaumnya,

إِنَّ اللَّهَ مُبْتَلِيكُم فَمَن شَرِبَ مِنْهُ فَلَيْسَ مِنِّي وَمَن لَّمْ يَطْعَمْهُ فَإِنَّهُ مِنِّى إِلاَّ مَنِ اغْتَرَفَ غُرْفَةً بِيَدِهِ

"...Sesungguhnya Allah akan menguji kamu dengan sebatang sungai, oleh itu sesiapa di antara kamu yang meminum airnya maka bukanlah ia dari pengikutku, dan sesiapa yang tidak merasai airnya maka sesungguhnya ia dari pengikutku, kecuali orang yang menceduk satu cedukan dengan tangannya..."

Al-Baqarah, 249.

Maka dengan semangat juang membara mereka pun melangkah ke medan perang. Nyata tidak semua mampu bertahan perjalanan yang jauh lagi sukar itu - namun setidak-tidaknya mereka tiba juga di sungai yang dikatakan oleh Talut.

Sepenceduk sahaja? Dahaga ini terlalu azab untuk ditanggung. Begitu ramai yang memilih kesenangan sementara berbanding keabadian janji Allah. Bukankah Allah telah menunjukkan pada mereka bukti kebenaran kata-kata Talut dengan membawakan Tabut dari langit?

Maka dengan keingkaran itu, tinggallah segolongan kecil tentera Islam yang masih utuh kepercayaan mereka dengan janji-janji Allah. Segolongan kecil yang kukuh imannya di sebalik ujian yang menimpa. Segolongan kecil yang mengikut pendapat ulama hadis tinggal kira-kira 300 orang. Segolongan kecil yang akan berdepan tentera Jalut yang bukan sahaja unggul dari segi jumlah, malah gah dengan kelengkapan yang tidak tertanding.

Gentar juga jiwa sebahagian mereka yang tinggal tatkala melihat betapa gagahnya tentera Jalut. Di sebalik keadaan huru-hara itu, berkatalah sebahagian kecil lagi daripada mereka,

كَم مِّن فِئَةٍ قَلِيلَةٍ غَلَبَتْ فِئَةٍ كَثِيرَةً بِإِذْنِ اللَّهِ وَاللَّهُ مَعَ الصَّـبِرِينَ

"...Berapa banyak (yang pernah terjadi), golongan yang sedikit berjaya menewaskan golongan yang banyak dengan izin Allah; dan Allah (sentiasa) bersama-sama orang-orang yang sabar..."

Al-Baqarah, 249

Mendengar itu, mereka membulatkan tekad lantas berdoa,

رَبَّنَآ أَفْرِغْ عَلَيْنَا صَبْرًا وَثَبِّتْ أَقْدَامَنَا وَانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَـفِرِينَ

"Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kepada kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir"

Al-Baqarah, 250

lalu terus menggempur Jalut dan tenteranya yang gagah...


***************

Begitulah kisah satu tapisan yang diabadikan dalam Al-Quran. Pengajaran dari masa lampau untuk mereka yang beriman di masa depan.

Lepaskah kita jika umat ini ditapis sekali lagi?

***************

Baru-baru berlaku
mini-tapisan ini di Malaysia :) wallahua'lam...

4 comments:

munsif said...

what a coincidence.. i was about to post the same thing! hehe.. (i was inspired by the khutbah 3 weeks ago)

idia_idawsa said...

lol, beat you to it accidentally! khutbah 3 weeks ago aku ada kat bristol ke tak eh? anyhoo, post ar gak, either similar take or different.. non-copyrighted/copyrightable material, belongs to no mortals :)

Anonymous said...

The most interesting part about the battle between Jalut-Talut, Daud who was responsible in defeating Jalut was not from Talut's army (the 300 troops who passed the test). Do we need a Daud in this mini tapisan? Something to ponder...

idia_idawsa said...

nko kot? :) takkan pairin kitingan? tak pun abg ko yg 'lambai2' tu... hahaha