Mereka mencerca dogmaku
Mereka mengata semahu nafsu
Dan aku?
Hanya termangu
Marah?
Sugul?
Sedikit...
Jika relatif dengan kecewa dalam diri
Kecewa dengan ummah
Kecewa dengan peribadi
Kecewa kerana diri hanya mampu marah
Kecewa kerana diri kekal lalai
Teringat aku Khalifah Al-Mukmum
Srikandi Islam terkecis di bumi orang
Menjeritnya tuanku, "Cis!!"
"Lepaskannya, atau kepala tentera yang ada di bumimu akan berekor di bumiku"
Gentar, kecut, dan takut
Kerana ugutan itu bukan omong semata
Kerana ugutan itu mampu dikota
Pagi ini aku bergenang
Menatap perkhabaran maruahku dicemar lagi
Ini bukan pergulatan peribadi
Ini pergulatan kita
Pergulatan ummah yang lemah
...
12 years ago
No comments:
Post a Comment