Nabi Muhammad S.A.W sedang menghadapi saat paling getir dalam hidup baginda. Terperangkap di medan Uhud, kesilapan para pemanah nyata telah mengubah nasib tentera Islam. Di ambang kemenangan selesa, tentera Islam kini sedang tertekan.
Ujian yang menimpa mereka tidak mudah. Di saat huru-hara yang maha dahsyat, terdengar seruan tentang 'nasib' baginda S.A.W., "Muhammad telah terbunuh!"
Tiada perkara dalam dunia ini yang berlaku tanpa hikmah. Saat-saat getir ini menyerlahkan 3 kategori manusia dalam tentera Uhud.
Golongan pertama tergesa-gesa meninggalkan medan perang; sama ada bersembunyi di sebalik gunung, atau terus melarikan diri ke Madinah. Melihat para pemuda yang tunduk tewas dan lari, Ummu Aiman yang berada di Madinah menegur dengan sinis, "Ini pengitar benang, ambillah! Kalian tidak layak menyandang pedang!" Malah ada yang goyah imannya, terfikir sama ada patut mereka mengangkat sumpah janji setia kepada Abdullah ibnu Ubai atau Abu Sufyan.
Golongan kedua menyusup ke medan, menyamar menjadi musuh untuk mengelak dibunuh. Akibatnya ada berlaku pembunuhan pejuang Islam di tangan tentera Islam sendiri. Seperti kisah yang digarap tentang Al-Yaman, bapa kepada Huzaifah ibnu Yaman.
Golongan ketiga berjuang bukan kerana baginda S.A.W semata-mata. Mereka berjuang kerana Allah, kerana deen yang dibawa oleh baginda Nabi. Golongan ini yang menjadi tunjang kekuatan para pejuang Islam, baik di medan Uhud, di medan Yarmuk atau di medan-medan dasawarsa ini.
Thabit bin Ad-Dahdah, melihat tentera Islam yang bertempiaran, melaung dengan berkata, "Wahai pemuda-pemuda Ansar, biarpun (andai) Muhammad (S.A.W) telah terbunuh, Allah itu maha kekal dan Dia takkan lenyap! Ayuh demi mempertahankan imanmu! Allah akan membantu kamu, dan kamu pasti akan berjaya."
***************
A test, regardless of whether it is in the form of hardship or ease, is a tool that reveals character - in the broadest of sense. I've found myself rather busy in the past week and as a sequelae, have found myself rather slacking in other important things. Futur is a little bit more dangerous when it creeps in rather indolently...
No comments:
Post a Comment