Friday, October 21, 2005

Ramadhanku : Dulu dan Kini

Hari ini Jumaat ke3 Ramadhan 1426 Hijrah. Bagi kebanyakan umat Islam di Bristol, hari ini 17 Ramadhan, sebahagian lagi 18. Kurasa jelik benar dengan perbezaan tarikh ini, meski perkara ini remeh sahaja bagiku. Bukannya tidak bermesyuarat menetapkan tarikh. Masih gagal mencapai kata sepakat. Tidak mengapalah. Isu kecil.

Nuzulul Quran datang lagi. Terus terang kukatakan kutidak terasa kehadirannya sepertimana di Malaysia. Rindu suasana di Malaysia. Bukan Hari Raya, rindu suasana puasa. Tidak mengapalah hari raya itu. Dipenuhi cacamarba dunia juga kalau di Malaysia. Program hiburan 'sempena menyambut hari mulia", pergaulan tidak keruan bukan muhrim. Keterpesongan itu kadangkala terlalu jelas. Ramadhan baru sahaja pergi, esoknya sudah berkuasa semula syaitan di hati. Wallahua'lam.

Suasana puasa. Terasa suatu aura ketenangan kalau di Malaysia. Suatu suasana yang sukar digambarkan dengan lukisan, sukar diterangkan dengan kata-kata. Seakan dunia memberi laluan untuk umat Islam (yang berkeinginan) untuk menambah amal ibadat. Seakan dunia menjadi perlahan.

Masjid penuh. Mudah sahaja kalau hendak mencapai 700 orang. Rindu suasana indah keramaian itu. Dengan tasbih yang molek liriknya, indah lagunya. Disulami bacaan para muhafiz yang ligat tetapi tepat, indah bak melagu di telinga. Usai tarawikh, moreh menjelang. Bukanlah melepas nafsu makanan yang dipendam, tetapi ukhuwah yang diidam. Cantik sekali, tua muda miskin kaya bersama berbicara berkongsi cerita.

Selesai moreh masing-masing pulang. Kulebih suka berjalan pulang. Angin malam menghembus ibarat bayu laut yang menyenangkan. Hilang warawiri dalam diri. Bintang penghias langit menjadi teman. Perlahan kumelangkah setapak demi setapak. Tidak berfikir tetapi kubiarkan fikiranku kosong. Kosong menghayati bukan kosong tidak bererti. Rindu benar perasaan itu.

Kehebatan siang tidak kurang. Kutidak pasti kenapa. Terasa tenang sekali tiap kali Ramadhan menjelang. Terasa lapang, terasa senang. Terutama sekali tatkala mendengar azan berkumandang di sore hari, indah memukau dengan bayu kenikmatan yang tiada terkata godaannya. Menjengah ke telinga yang bersatu dengan badan yang bergerak ke masjid. Allah, indahnya...

Kini ku di perantauan. Asing di bumi asing. Sibuk mengejar urusan duniawi. Leka dihanyut arus modenisasi. Jumaat pertama Ramadhan, aku berada di Frenchay Hospital. Menuntut ilmu pencerah masa depan. Tidak bersembahyang Jumaat. Tidak pula ketahuan olehku perihal kehadiran Muslim lain di hospital yang dua hari aku berada.

Jumaat kedua aku di Frenchay lagi. Presentation day. Sibuk benar. Tapi kali ini aku terlihat notis sembahyang Jumaat untuk Muslim sepanjang bulan Ramadhan. Kupergi ke Patients' Library tempat solat Jumaat akan diadakan. 2 orang sahaja termasuk aku. Kami sembahyang zohor. Ingin saja aku sarankan kami bersembahyang Jumaat dengan khutbah ringkas, tetapi khuatir pula kontradiksi yang mungkin muncul dengan pegangannya. Usai solat Zohor, datang 3 lagi saudara seagamaku. Atas ajakan mereka, kami berdua (aku dan Ali, dari Somalia, pekerja am di Hospital itu) bersolat Jumaat pula. 5 orang cuma. Berhimpit di tempat sempit. Khutbah ringkas 5 minit. Khatib berdoa kami diberi kekuatan meneruskan Ramadhan di tempat kami bukan watan. Berdoa agar yang terlupa diberi kesempatan. Berdoa agar diselamatkan umat Islam di Pakistan. Suatu perasaan yang sangat menyenangkan datang ketika aku mendengar khutbah ringkas itu. Suatu perasaan yang tidak terungkap olehku. Seperti perasaanku dihembus angin sepoi Ramadhan di Malaysia. Barangkali, itulah kali pertama aku benar-benar mensyukuri dan menghayati solat dan khutbah Jumaat. Alhamdulillah.

Setelah kumenungkan semula, semenjak aku pulang ke UK, tidak pernah sekalipun aku bersolat Jumaat ala Shafie, sekurang-kurangnya cara Maliki. Solat dan khutbah Jumaat cara Hanafi (Pakistan) terasa jauh benar dariku, terutamanya dengan bayan sebelum khutbah dalam bahasa Urdu. Huh, sememangnya aku gagal menghayati bayan itu. Tidak syak lagi.

Alhamdulillah atas segala kurnia Allah SWT ke atasku.

Thursday, October 20, 2005

Picturesque 3


Glendaloch, Ireland : PUISI 2004/05

  • اعْلَمُوا أَنَّمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا لَعِبٌ وَلَهْوٌ وَزِينَةٌ وَتَفَاخُرٌ بَيْنَكُمْ وَتَكَاثُرٌ فِي الْأَمْوَالِ وَالْأَوْلَادِ كَمَثَلِ
    غَيْثٍ أَعْجَبَ الْكُفَّارَ نَبَاتُهُ ثُمَّ يَهِيجُ فَتَرَاهُ مُصْفَرًّا ثُمَّ يَكُونُ حُطَامًا وَفِي الْآخِرَةِ عَذَابٌ شَدِيدٌ
    وَمَغْفِرَةٌ مِّنَ اللَّهِ وَرِضْوَانٌ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ

  • "Know that the life of the world is only play, and idle talk, and pageantry, and boasting among you, and rivalry in respect of wealth and children; as the likeness of vegetation after rain, of which the growth is pleasing to the farmer, but afterward it dries up and you see it turning yellow, then it becomes straw. And in the Hereafter there is grievous punishment, and (also) forgiveness from Allah and His good pleasure, whereas the life of the world is but matter of illusion."
    Al-Hadid (The Iron) : 20
    Ayatul Madaniah
    * Click on the ayah to listen to the verse - requires Real Media Player

    Wednesday, October 19, 2005

    Ayam dan Manusia

    Mula : Ruang udara Jaipur, India : 1122 waktu tempatan
    Coretan ini merupakan salah satu dari memori terakhirku di Tanah Melayu sebelum keberangkatan pulang ke Tanah Inggeris. Memori ini hanya sempat diterjemahkan ke dalam bentuk tulisan di angkasaraya, jauh dari tanahair, jauh dari destinasi.

    **********


    Ada seorang pakcik penjual nasi lemak pagi-pagi di taman perumahanku yang indah. Saja seronok-seronok berniaga agaknya. Tak nampak pula perlunya pada dia. Mungkin dia sunyi.
    Nasi lemak yang dibikin isterinya, pergh... simply stupendous, and unselfishly plenty as well... Best nasi lemak I've ever tasted in the whole wide world (although nasi lemak cuma 'wujud' kat Malaysia jer). Disebabkan kedahsyatan nasi lemaknya, aku berkunjung ke rumahnya hampir setiap pagi, mencari nasi lemak ajaib bekalan ibuku ke tempat kerja.
    Thus, some sort of bonding eventually prevailed. The chemistry was, well, not to close not that distant. I enjoyed his stories and his folklore. He used to work as a cook in Istana Mahkota, which pretty much explains the superiority of his nasi lemak.
    Long story short, on the last day that I went to him to buy some nasi lemak, I told him that I was not gonna come and buy nasi lemak from him for at least a year due to my circumstances of having to come here i.e. Bristol.
    Usai aku memuatkan bungkusan nasi lemak dalam plastik, kami berbual seketika dan sebagai nota terakhirnya dia berkata, "Tahun depan kalau ade rezki jumpele lagi kite ye. Orang tue ni cam ayaem (chicken) dalam sangkor, nunggu mase je ngadap parang." His words were embroided in thick slang of his native Temerloh, similar to my mum's.
    And then, without thinking even for a bit, I spontaneously replied, "Orang mude pun lebih kurang ayaem jer, tok mati kene langgor, kene lestik. Bile-bille..." and we laughed.
    Then only I realised the wisdom (konon...) that underlies the words that I have just said. Quite a metaphore I think.
    * I shall continue in Malay as that is what I intended to do in the first place. Geez. Subconsiously flipped over. =)
    Orang tua itu ibarat ayam dalam sangkar. Menunggu masa dipanggil mengadap parang.
    Namun yang di luar sangkar, meski jarang sekali dikilas parang, mungkin pula mati dibaling selipar, jika tidak dilastik pula, malah mungkin dilanggar kereta.
    Anak ayam pun dikejar musang, inikan pula ayam yang montok berisi tanda usia meningkat dewasa.
    Hatta telur pun kena rebus...
    Begitulah hidup, takkan terlepas, tak kira usia... Seperti ayam, rezeki masing. Mungkin hari ini, esok atau lusa. Wallahualam...
    Selesai : Ruang udara sempadan India-Afghanistan.
    P/S - ruang udara India-Afghanistan lawa giler pemandangan. Takde awan, so bole tgk ke bawah. Bumi Afghanistan yg tandus dan berbukit bukau, tapi tersusun rapi ibarat domino sememangnya menakjubkan. Tompokan kehijauan pokok kelihatan di celah lautan pasir yang putih kekuningan. Indahnya ciptaan Allah SWT meski gersang dan pudar sekali warnanya. Pendapat serupa dikongsi penumpang warganegara Australia yang tiba-tiba muncul di belakangku tatkala aku termenung kagum. Cam The Flash...