Hari ini Jumaat ke3 Ramadhan 1426 Hijrah. Bagi kebanyakan umat Islam di Bristol, hari ini 17 Ramadhan, sebahagian lagi 18. Kurasa jelik benar dengan perbezaan tarikh ini, meski perkara ini remeh sahaja bagiku. Bukannya tidak bermesyuarat menetapkan tarikh. Masih gagal mencapai kata sepakat. Tidak mengapalah. Isu kecil.
Nuzulul Quran datang lagi. Terus terang kukatakan kutidak terasa kehadirannya sepertimana di Malaysia. Rindu suasana di Malaysia. Bukan Hari Raya, rindu suasana puasa. Tidak mengapalah hari raya itu. Dipenuhi cacamarba dunia juga kalau di Malaysia. Program hiburan 'sempena menyambut hari mulia", pergaulan tidak keruan bukan muhrim. Keterpesongan itu kadangkala terlalu jelas. Ramadhan baru sahaja pergi, esoknya sudah berkuasa semula syaitan di hati. Wallahua'lam.
Suasana puasa. Terasa suatu aura ketenangan kalau di Malaysia. Suatu suasana yang sukar digambarkan dengan lukisan, sukar diterangkan dengan kata-kata. Seakan dunia memberi laluan untuk umat Islam (yang berkeinginan) untuk menambah amal ibadat. Seakan dunia menjadi perlahan.
Masjid penuh. Mudah sahaja kalau hendak mencapai 700 orang. Rindu suasana indah keramaian itu. Dengan tasbih yang molek liriknya, indah lagunya. Disulami bacaan para muhafiz yang ligat tetapi tepat, indah bak melagu di telinga. Usai tarawikh, moreh menjelang. Bukanlah melepas nafsu makanan yang dipendam, tetapi ukhuwah yang diidam. Cantik sekali, tua muda miskin kaya bersama berbicara berkongsi cerita.
Selesai moreh masing-masing pulang. Kulebih suka berjalan pulang. Angin malam menghembus ibarat bayu laut yang menyenangkan. Hilang warawiri dalam diri. Bintang penghias langit menjadi teman. Perlahan kumelangkah setapak demi setapak. Tidak berfikir tetapi kubiarkan fikiranku kosong. Kosong menghayati bukan kosong tidak bererti. Rindu benar perasaan itu.
Kehebatan siang tidak kurang. Kutidak pasti kenapa. Terasa tenang sekali tiap kali Ramadhan menjelang. Terasa lapang, terasa senang. Terutama sekali tatkala mendengar azan berkumandang di sore hari, indah memukau dengan bayu kenikmatan yang tiada terkata godaannya. Menjengah ke telinga yang bersatu dengan badan yang bergerak ke masjid. Allah, indahnya...
Kini ku di perantauan. Asing di bumi asing. Sibuk mengejar urusan duniawi. Leka dihanyut arus modenisasi. Jumaat pertama Ramadhan, aku berada di Frenchay Hospital. Menuntut ilmu pencerah masa depan. Tidak bersembahyang Jumaat. Tidak pula ketahuan olehku perihal kehadiran Muslim lain di hospital yang dua hari aku berada.
Jumaat kedua aku di Frenchay lagi. Presentation day. Sibuk benar. Tapi kali ini aku terlihat notis sembahyang Jumaat untuk Muslim sepanjang bulan Ramadhan. Kupergi ke Patients' Library tempat solat Jumaat akan diadakan. 2 orang sahaja termasuk aku. Kami sembahyang zohor. Ingin saja aku sarankan kami bersembahyang Jumaat dengan khutbah ringkas, tetapi khuatir pula kontradiksi yang mungkin muncul dengan pegangannya. Usai solat Zohor, datang 3 lagi saudara seagamaku. Atas ajakan mereka, kami berdua (aku dan Ali, dari Somalia, pekerja am di Hospital itu) bersolat Jumaat pula. 5 orang cuma. Berhimpit di tempat sempit. Khutbah ringkas 5 minit. Khatib berdoa kami diberi kekuatan meneruskan Ramadhan di tempat kami bukan watan. Berdoa agar yang terlupa diberi kesempatan. Berdoa agar diselamatkan umat Islam di Pakistan. Suatu perasaan yang sangat menyenangkan datang ketika aku mendengar khutbah ringkas itu. Suatu perasaan yang tidak terungkap olehku. Seperti perasaanku dihembus angin sepoi Ramadhan di Malaysia. Barangkali, itulah kali pertama aku benar-benar mensyukuri dan menghayati solat dan khutbah Jumaat. Alhamdulillah.
Setelah kumenungkan semula, semenjak aku pulang ke UK, tidak pernah sekalipun aku bersolat Jumaat ala Shafie, sekurang-kurangnya cara Maliki. Solat dan khutbah Jumaat cara Hanafi (Pakistan) terasa jauh benar dariku, terutamanya dengan bayan sebelum khutbah dalam bahasa Urdu. Huh, sememangnya aku gagal menghayati bayan itu. Tidak syak lagi.
Alhamdulillah atas segala kurnia Allah SWT ke atasku.